Sunday, July 14, 2013

Pekasam untuk dijual

Salam ramadhan semua.Pekasam berharga RM6 sebungku(tidak termasuk kos penghantaran),sedap dijadikan juadah berbuka dan bersahur.Dapatkan segera sementara stok masih ada.

Friday, July 12, 2013

Hong Kong 18-21.06.2013 (Day 4)

Day 4
Kami terus check out hotel dan berjalan kaki ke Avenue of Stars. Indahnya panorama Hong Kong dengan melihat feri-feri , bagaikan lukisan. Kemudian ke terminal feri, makan Tat Telur yang panas dan sangat enak sambil menunggu feri.
Sampai di Terminal Wan Chai, kami menaiki teksi ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Kami menikmati makan tengahari dimsum halal, nasi goreng yang enak lagi halal. Kemudiannya meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sambil singgah sebentar membeli buah-buahan di gerai buah tepi jalan, menaiki MTR ke Ladies Market dan balik ke hotel untuk membeli cenderamata dan mengambil luggage.
Menaiki MTR semula ke stesen Tung Chung dan mengambil bas ke Hong Kong International Airport.Agak hampa kerana flight delay selama beberapa jam. Tetapi puas berjalan-jalan di Hong Kong

Avenue of Stars 

Terminal Feri

Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre


Gerai Buah Tepi Jalan

Ladies Market 

Hong Kong International Airport

Thursday, July 11, 2013

Hong Kong 18-21.06.2013 (Day 3)

Day 3
Dengan menaiki MTR dari hotel ke Admiralty, kami mengambil bas ke Ocean Park.
Pemandangan indah menaiki cable car, puas bermain, menonton persembahan singa laut dan dolfin, serta berpeluang melihat penguin yang comel.
Dari Ocean park, terus ke The Peak dengan menaiki bas dan mengintai keindahan Hong Kong dari atas Sky Terrace, melawat Madame Tussauds tengok wax artists/politicians/sports macam Andy Lau, Marilyn Monroe, Beckham,Ghandi,dsb..

Ocean Park