Kami terus check out hotel dan berjalan kaki ke Avenue of Stars. Indahnya panorama Hong Kong dengan melihat feri-feri , bagaikan lukisan. Kemudian ke terminal feri, makan Tat Telur yang panas dan sangat enak sambil menunggu feri.
Sampai di Terminal Wan Chai, kami menaiki teksi ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Kami menikmati makan tengahari dimsum halal, nasi goreng yang enak lagi halal. Kemudiannya meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sambil singgah sebentar membeli buah-buahan di gerai buah tepi jalan, menaiki MTR ke Ladies Market dan balik ke hotel untuk membeli cenderamata dan mengambil luggage.
Menaiki MTR semula ke stesen Tung Chung dan mengambil bas ke Hong Kong International Airport.Agak hampa kerana flight delay selama beberapa jam. Tetapi puas berjalan-jalan di Hong Kong
Avenue of Stars
Terminal Feri
No comments:
Post a Comment